BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

kekasih awaL dan insyaalLah akHir

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nov 27, 2011

Creating fOr fUn

AsalamuaLaikum
malam nie aku juz nak upLoaD di antara hasil dari titik peLuh aku haha ~
okay . name tag macam yang paLing bawah sekali . tp lom 100% siap .
then bunga yang tengah2 nak jadikan rOzeL .
manakaLa yang paLing atas sekali iaLah bunga Cenderahati kepaDa tetamu yang haDir waktu majLis akaD nikah .
yang ini bOleh di gantungkan di rumah dan daLam kereta . meant tetamu lelaki atau perempuan boLeh gantungkan bunga ini di daLam kereta ..
ini semua aku buat sendiri tau :) bangge jap hahahahaha ~



Nov 18, 2011

105 DAY TO GO ..

105 HARI LAGI ~
semalam 106 ,hari ini aku nk upDate 105 hari lagi .macam ini lar . aku bangun pagi dah terfikir . nak update apa yeah hari ini . haha ~ nak bagi tahu yang aku tengah rajin upDate bLog selepas berbulan2 aku biarkan bLog kesayangan aku nie terbiar dan meliar . huhu .
hari ini aku nak cerita tentang majlis nikah yang akan di adakan di mana dan apa yang perlu di lakukkan jika anda sudah pLan untuk mengadakan majLis Raja Sehari anda di dewan . kalau buat di dewan , sirius actually lagi senang dari nak buat majlis di rumah . hendak pula macam aku , aku stay bersama nenek tercinta dan atok kesayangan . atOk aku dah kurang sihat . kerana beliau mengalami buta sebelah mata akibat urat mata belah kirinya terputus 7 tahun yang lepas . Malah atOk aku dah kurang daya ingatan , so aku memilih untuk mengadakan majLis di dewan .
Pada mulanya nenek aku mahukan aku mengadakan akaD nikah di rumah,katanya senang . Tapi bila fikirkan keadaan atOk yang tidak mengizinkan . so aku Decide akad nikah di surau.
Jika aku akad nikah di rumah , aku akan memerlukan mini pelamin , hiasan rumah yang akan memakan kos sebanyak RM300 untuk mini pelamin yang tidak termasuk make up + hiasan rumah mungkin tOpup langsir baru RM 200 hingga RM250 + make up RM90 = RM 640 .. jika aKad nikah di surau . make up RM90 + makan2 mungkin dalam RM200 = RM290 . jimat RM350 dimana majlis di rumah belum tambah dengan budjet makan .
Majlis di dewan dan rumah . jika sewa khemah 4 biji + kerusi dan meja = RM2400 . Dewan pula RM2600 . Dewan mahal RM200 namun dewan incLude meja+kerusi+pentas untuk sanding+lampu+aircond+kipas = tidak payah kecah rumah,alihkan perabot dan pinjam rumah jiran untuk tumpang masak dan basuh pinggan .
jika rumah di bandar . aku bukan nak berlagak, cuma terus terang jika buat kenduri kahwin di kampung dan bandar sangat tidak sama . Jika di kampung sedara mara,jiran tetangga akan datang dan rewang beramai2 . jika di bandar pula untuk rewang boleh , tapi untuk pinjam rumah jiran basuh pinggan dan masak . kalau jiran jenis tidak kisah dan tidak berkira tak apa , cuba kalau dapat jiran yang merungut tanahnya berbekas hitam,bill air naik (padahal kita dah bayar duit bill air yang kita pakai) dan rumah berselerak . peningkan ? dah kita baru kahwin,mesti ada perkara yang di pikirkan . Tapi kita kena pikirkan juga buah mulut jiran-jiran tentang kita , kan susah !
Adik-adik , selagi kamoo boleh mengurangkan kos belanja kahwin kamoo lakukan . contoh alas meja untuk dewan , satu meja Bridal akan ambil RM45 ini yang tidak termasuk dengan kerusi , kalau nak balut kerusi RM60 . Tapi jahhh , kau hingat tetamu yang datang ke majlis kau tu pengadil yang nak bagi hadiah dan markah ? kalau majlis kau GRAND kau akan dapat sofa sebiji . tidak tijaaaahh oiii ~ 18 biji meja bersamaan dengan RM810 . ini yang tidak berbalut kerusi yer jaaah . cuba kau beli kain ela warna putih sepanjang 1.5 meter yang berharga RM2.5 di kamdar atau Jakel 1.5 meter kain putih bersamaan RM3.8 x 18 = RM68.40 , then pandai-pandai kamoo larh nak beli plastik alas meja segulung dalam RM30 (jangan beli dekat kedai buku,memang mahal,beli larh di kedai nyonya2 tepi kaki lima..yang kedai dah nampak buruk kire kedai turun temurun.Mesti nyonya tuh bagi kau harga langsam .) beli gun stepler untuk steplerkan kain dan plastik di meja bulat nanti . Berapa yang jimat jaaah ? RM 690.00 !!! MURAHKAN ?? so kowang fikir-fikirkan okay . sebab aku akan buat macam ini hehe ~ kalau tema pink , kau beli kain eLa warna pink . ada masalah ? tidakkan !
ok larh kalian . dah tengah hari ngeeeeee ~ nak makan ^_^

106 Day To Go ~

Hye kawan2 ^_^ padahaL da lame tak upDate blog . haha .

oK . nampak tak enTry aku nie ?

tak nampak ? tak mungkin !! haha ~

ok2 . actually selepas tolak tambah kali bahagi . hehe . merepek eyh . sory .

ANDA ADA 106 HARI LAGI HINGGA KE TARIKH MAJLIS KAWIN !!

owwcchh ~

macam xpercaya jerk kOwt . nampak macam lama . kalau kira bulan ada 3 bulan .

lama kan ? haaaaaa . tapi bile kire ikot hari .. wooow . tinggal 106 hari .

okay2 .cerita dia macam nie . bulan lepas aku sangat pening .....

nak buat dekat dewan atau rumah yeah ?

briDal nak pilih yang mana .....

so pikir punya pikir . pOn tak jalan kan .

aku Decide ke dewan tan sri mohammad rahmat untuk menanyakan tarikh free .

so saD . tarikh yang sepatOtnye nak di tempah suDah ada orang boOkeD .

Tarikh yang aku nak : 10.03.2012 cuz cuti sekolah .

but then terpaksa boOkeD pada awalnye seminggu .

briDaL pulak . mm . aku piLih BriDaL kayangan :)

ok . actually .. siapa yang tidak mahukan perkahwinan yang GRAND gituh kan .

but for sure larh eyh . kalau pelamin y nk orang tgk sehari dua ko tempah sampai lima enam riban . aDeq oiii . pelamin tuh anDa tidak dapat simpan yeee . awak hanye akan dapat buat kenangan dalam gamba . so aku dEcide ambil bridal kayangan yang pelaminnya cantik , simple dan murah . okay .. yang penting ialah murah . haha .

warna tema ? aku pilih warna pink dan putih .

aku terbaca banyak bLog yang mahukan majlis mereka grand tapi murah dan menjimatkan .

ada yang cincin tunang di jadikan cincin nikah . ada juga yang buat bunga tisu .

pelbagai idea larh . aku seolah-olah terpanggil untuk meneruskan amalan ini .

memang kahwin itu sekali seumur hidup . tapi bangga apa kalau aku dapat buat majlis yang meriah dengan harga yang murah .

okay untuk sewa dewan adalah sebanyak RM2600 itu aku tidak tahu sama ada tuan punya tempat hendak bagi aku discount berapa sebab dewan nie bersebelahan dengan balai aku bekerja .

sewa briDal pula aku ambil pakej RM2300 untuk pakej dewan . kalau pakej ikot tahun hadapan adalah RM2900 . kire aku nak bagi tahu yang aku untung dapat sewa awal :p

semuanya adalah RM4900 .

makan ok actually mana2 bakal pengantin pon akan pening pikirkan tentang kos makan . aku dah tanya ke sana dan kemari . cewaaaah . kebanyakannya paling murah mereka akan ambil RM9.50 sekepala . jika kad jemputan 500 keping , aku tak boleh kira makanan tetamu sebanyak 500 orang atau 500 kepala . aku mesti kena kali kan dua maka akan jadi 1000 kepala atau tetamu . mesti ada masak lebih . takot lah jika ada tetamu yang tidak cukup makan so katakan aku ambil 1100 makan so it will be RM10,450 . mak aih . aku nie Gomen Servan jerk kOwt . mr tunang pOn Gomen Servan . gaji xde larh besAu ~ kena larh bDjet yang berpatutan .

nasib baik ada kakak angkat yang pandai masak . dan dia willing to heLp me , dia ambil satu kepala rm 1.00 . yes satu ringgit . barang nak masak aku beli sendiri . adik2 rewang pula kawan2 . yang hanya beri rokok sekotak .

pergh . mane nak cari kakak dan kawan yang macam ini ?? aku mmg bernasib baik boleh di kategorikan bertuah , haha . huh ? yang tak hisap rokok nk bagi ape ? mm . kalau tidak silap aku semua hisap haha . kalau tidak hisap aku bagi upah :) aku xde larh kejam nyah oiii . :p

bunga paha aku nak kena cari dekat pOntian . my tunang aunty boleh bagi me dia punya kad ahli untuk kedai pengantin . hehe . alhamdulillah . cuz dia kata dia dah tak guna lagi . thnks mak yah . sayang mak yah sangat2 .

paper bag , bunga paha , bunga mangga , tisu untuk buat bunga tisu dan aku tak dapat fikir lagi apa yang aku perlu lagi hehe . ok semua-semua itu larh . aku akan beli di pontian .

then survinior . aku terfikir untuk buat something hand made :)

nanti aku bg tahu . ok bunga rozel (betul ke) yang selalu budak rewang dan sedara mara pakai di dada . aku akan buat ala2 name tag . tapi aku tidak larh letak nama mereka macam sekolah tadika tu . aku akan letak " PAZ & PIT WED " tanahnya mungkin bercorak polka dot dan ada bunga kecil sekuntum. bunga kecil tu satu bag ada 20 biji . satu RM 2.50 . manila kad RM 1.00 , wrapping present paper RM 1.50 jumlah keseluruhan RM 5 :)

boleh buat sebanyak mane yang kau nak jah . nak bagi makcik,pakcik,adik sedara,nenek sedara,atok sedara,kawan sesape pon boleh pakai tag nie . ok kalau aku beli bunga rozel dekat luar . satu RM2.5 kali dengan 20 untuk budak rewang dan orang dapur RM 50 plus untuk nenek ,ibu,step father,adeq 3 orang dan pakcik RM 24 (RM 3 x8) so moral of the stOry untuk perkara kecil ini . bunga yang nak di semat di dada ini sudah memakan kos sebanyak RM 74 .

ok larh . nanti aku akan buat contoh okay :) selasa minggu depan orang jOhor cuti . hehe . so aku akan merajinkan diri untuk buat contoh untuk korang :) daaaa ~